Monday, June 6, 2011

Rakyat Malaysia sudah bosan dengan janji-janji manis,daripada wakil-wakil rakyat dari parti yang besar dan tidak bertanggung jawap sejak negara capai kemerdekaan pada tahun 1957 hingga sekarang. Oleh itu, kini rakyat,mahu satu perubahan,di mana lebih banyak parti-parti politik di beri mandat,dan tidak perlu ada satu parti politik besar yang ingin bolot segala kerusi demi masa depan negara.Bila wujud banyak parti-parti politik yang menang,maka lebih banyak lah soalan-soalan akan ada dan boleh di bahaskan.Rakyat juga tidak mahu ada yesman atau Pak angguh di masa depan baik dalam parlimen mahu pun di dewan undangan negeri.Walau apa pun pembelanjaan wang negara,biar lah di ketahui rakyat yang sememangnya tuan kepada negara. Cukup lah luka-luka lama di hati rakyat yang kini akan semakin pulih jika kerajaan baru yang berjiwa rakyat wujud dalam PRU 13 nanti.Rakyat tidak mahu ada wakil-wakil rakyat seperti katak yang akan melompat dari sana ke sini.Wakil rakyat yang jujur juga boleh di dapati jika tidak ada amalan pilihkasih dalam parti politik.Yang sangat penting bagi negara sekarang adalah cara untuk selamatkan wang negara dari di lesapkan oleh yang tidak berhati perut,hentikan projek-projek mewah yang hanya pentingkan segolongan dan bukan rakyat.